Patuhi ulul amri antara tujuh amanat diraja - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Patuhi ulul amri antara tujuh amanat diraja – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 5 Dis. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta masyarakat mentaati Ulil Amri atau pemerintah dalam perkara makruf (perkara yang baik).


Menurut baginda, arahan Ulul Amri itu antara ‘7 Amanat DiRaja’ yang wajib ditaati selaras dengan al-Quran dan Sunnah yang menyarankan masyarakat agar sentiasa mentaati pemerintah yang baik.


”Selagi arahan yang bukan kemungkaran dan tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya, maka patuhilah,” titah baginda sewaktu merasmikan ‘Warsyah 7 Amanat Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di sini, hari ini. 


Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, semua pengerusi jawatankuasa kariah dan imam masjid agar tidak membawa agenda politik kepartian dalam mengimarahkan masjid.


Menurut baginda, perkara ini perlu dielakkan kerana ia antara faktor yang menyebabkan berlaku perpecahan ummah selain memastikan intipati 7 Amanat Diraja menjadi kenyataan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN