Pastikan keselamatan pelancong tahap optimum - Utusan Malaysia

Pastikan keselamatan pelancong tahap optimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menggesa penggiat industri pelancongan negara terutama yang melibatkan perkhidmatan kenderaan persiaran, supaya meletakkan keselamatan pelancong dalam dan luar negara di tahap optimum.

“Dengan mengambil kira tahap keselamatan yang optimum, pelancong yang datang ke negara ini akan berasa selamat dan seterusnya memberi imej baik kepada sektor pelancongan negara.

“Namun dalam usaha memberi imej baik ini, ia bukan sahaja terletak di bahu penggiat industri malah semua pihak berkuasa tempatan berkaitan dan penduduk setempat di kawasan tumpuan pelancongan.” katanya ketika ditemui selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, kementerian akan menyerahkan kepada pihak berkuasa mengenai siasatan insiden kemalangan melibatkan 18 pelancong Korea Selatan di Kota Belud, Sabah, semalam.

Kejadian pukul 5.39 petang itu mengakibatkan 18 penumpang berkenaan mengalami kecederaan selepas bas yang mereka naiki itu terbabas sebelum terbalik semasa menuruni bukit di Jalan Kelawat, Kota Belud. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN