SEPANG – Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilancarkan pada November tahun lalu dinobatkan sebagai Anugerah Dokumen Pengenalan Diri Terbaik Rantau (Kategori Pasport) bagi tahun 2018. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penilaian anugerah berprestij itu dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk reka bentuk dan falsafah di sebalik penerbitan pasport, ciri keselamatan dokumen perjalanan, material yang digunakan serta teknologi sistem dan pelaksanaan pasport yang dikeluarkan oleh sesebuah negara.…










