KUCHING 14 Dis. – Sepasang suami isteri warga emas melecur dalam kejadian kebakaran yang meranapkan rumah mereka di Jalan Simpang Pakan lewat malam tadi. Nelson Bada berusia 76 tahun, melecur pada anggota kepala, kedua-dua kaki serta bahagian belakang badan manakala isterinya Leta Ak. Gemong, 61, melecur pada kaki kanan dan tangan kanan. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan…










