Pas Kelantan yakin wakil rakyat setia pada parti - Utusan Malaysia

Pas Kelantan yakin wakil rakyat setia pada parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Dis. – Pas Kelantan yakin kesemua lapan Ahli Parlimen dan 37 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di negeri ini setia dan tidak akan mengikut jejak langkah dua wakil rakyat UMNO yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, wakil rakyat Pas merupakan individu yang mempunyai prinsip perjuangan yang kuat selain tabah mengharungi ujian.

Katanya, individu yang tidak kuat dan tabah dalam parti itu telah pun keluar terlebih dahulu ketika ‘penapisan’ sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Insya-Allah saya wakil rakyat Pas sedia ada di Kelantan akan terus tabah dan kekal. Yang mana tidak tabah, itu sudah keluar dalam penapisan sebelum ini.

“Yang ada sekarang ini akan terus kekal dalam Pas kerana cita-cita kita bukan nak jadi menteri atau mahu jawatan, tetapi kita memperjuangkan prinsip parti. Pemimpin kita juga bersih dan tidak berdepan apa-apa tekanan seperti dihadapi UMNO,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Sukan Negeri Kelantan yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.

Setakat ini, dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di negeri ini mengumumkan keluar parti.

Mereka ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mengenai dakwaan terdapat dua wakil rakyat Pas dikatakan secara diam-diam menghadiri makan malam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dengan salah seorangnya Ahli Parlimen Pas dari negeri ini, Che Abdullah berkata perkara itu di luar pengetahuannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×