Pas desak siasatan kes kematian Muhammad Adib diberi keutamaan - Utusan Malaysia

Pas desak siasatan kes kematian Muhammad Adib diberi keutamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pas mendesak kerajaan memberi keutamaan terhadap siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat parah diserang perusuh dalam  insiden Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu.  

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, siasatan mengenai perkara itu perlu didahulukan memandangkan rakyat telah meletakkan harapan yang tinggi untuk kerajaan menyelesaikannya secepat mungkin bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam, Isnin (17 Disember) lalu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×