KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) untuk membahaskan kewajaran kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dewan Rakyat. Mohamad Ariff menjelaskan bahawa penolakan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18 di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, bagaimanapun, membenarkan kandungannya dibacakan di Dewan Rakyat selepas Sesi Soal Jawab Lisan hari ini. “Seperti kita…










