KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh diarah meninggalkan sidang Dewan Rakyat buat sementara hari ini selepas statusnya sebagai ahli Parlimen Cameron Highlands menjadi tanda tanya ekoran keputusan mahkamah baru-baru ini. Kehadirannya dipersoal RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran membuat penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, kira-kira 10 minit sebelum dewan berhenti rehat. “Mahkamah putuskan kerusi Cameron Highlands dilapangkan kerana pada…










