Parlimen: Pendekatan PPPM 2015-2025 mungkin diubah - Utusan Malaysia

Parlimen: Pendekatan PPPM 2015-2025 mungkin diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengubah program dan aktiviti yang dilaksana di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 untuk mencapai sasaran ditetapkan, jika keadaan memerlukan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perubahan itu mungkin perlu dilakukan selepas selesai semakan separuh penggal oleh kementerian.

“Dari segi pelaksanaan, PPPM 2015-2025 masih menjadi dasar utama kementerian tetapi sekiranya ada jurang dan (apa-apa perkara) tidak relevan dengan sasaran asal, ia perlu diubah,” katanya.

Nie Ching menjawab soalan tambahan Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) yang ingin tahu sama ada kementerian itu masih menggunakan PPMM 2015-2025 sebagai panduan utama dalam menentukan pencapaian pendidikan negara.

Menurut Nie Ching, selain mengutamakan ranking sebagai ukuran dalam menentukan tahap pendidikan negara, kementerian itu juga menggunakan penilaian aspek lain seperti akses, ekuiti, kualiti, perpaduan dan kecekapan.

Katanya, pendidikan berkualiti perlu turut dirasai golongan seperti isi rumah berpendapatan rendah (B40), Orang Asli dan orang kurang upaya yang layak. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN