Parlimen: Kerajaan teroka sumber baharu perkasa instrumen wakaf - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan teroka sumber baharu perkasa instrumen wakaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha meneroka sumber dan cara baharu bagi memperkasa instrumen wakaf di negara ini agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, masih banyak boleh dilakukan kementerian untuk memajukan institusi wakaf di negara ini yang pada pandangan beliau, kurang diberi tumpuan kerajaan terdahulu.

“Tanpa meletakkan kesalahan kepada sesiapa, saya rasa pihak kementerian sebelum ini tidak betul-betul beri tumpuan dan tanpa meletak kesalahan kepada sesiapa saya rasa lebih banyak lagi yang boleh kita lakukan.

“Ini kerana Jabatan Waqaf Malaysia dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) boleh melihat bagaimana nak melibatkan diri dan cari jalan untuk mengembangkan instrumen-instrumen wakaf dan yayasan wakaf pula boleh cari dana tersebut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai usaha kerajaan untuk meneroka sumber-sumber baharu wakaf. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN