Parlimen: Azeez nafi dakwaan Mujahid - Utusan Malaysia

Parlimen: Azeez nafi dakwaan Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan TH mengisytihar hibah sejak 2014 dengan tidak mengikut Akta Tabung Haji 1995 seperti yang didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa semalam.

Katanya, Mujahid tidak mengambil laporan firma Ernst & Young (EY) dalam penilaian nilai realis aset keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usaha sama dan hartanah.

“Berdasarkan laporan kewangan Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dibuat pada Ogos 2017 yang diberikan kepada setiap Ahli Parlimen semalam, juga ada terkandung laporan EY yang menunjukkan aset TH melebihi liabiliti untuk tahun 2015, 2016 dan 2017. 

“Sejak 2015 TH telah menilai semua aset pada nilai realis dan berdasarkan firma audit luar, nilai aset TH melebihi semua liabiliti. 

“Maka, TH telah membayar hibah mengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dan tidak menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini tengah hari tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN