KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 823 aduan khususnya berkaitan kenaikan harga barangan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September lepas. Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, daripada jumlah itu, 785 aduan telah disiasat dan diselesaikan manakala baki 38 aduan masih dalam tindakan. Beliau memberitahu, persidangan Dewan Negara bahawa sebanyak 205 notis di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan…










