Parkir bertingkat PPR Taman Mulia, PA Sri Kota dibuka - Utusan Malaysia

Parkir bertingkat PPR Taman Mulia, PA Sri Kota dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pembukaan bangunan parkir bertingkat di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia dan Perumahan Awam (PA) Sri Kota di sini akan memberi kemudahan kepada lebih 1,000 orang penduduk.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, dua bangunan parkir bertingkat yang mula beroperasi dengan kapasiti petak parkir sebanyak 1,100 itu diharap dapat menyelesaikan masalah letak kenderaan yang dihadapi penduduk yang selama ini.

“Projek pembinaan parkir bertingkat ini merupakan salah satu penyelesaian kepada keluhan masyarakat setempat terutama di kawasan PPR dan PA yang telah lama mendesak.

“Kemudahan lain yang turut dibangunkan bersama kemudahan parkir ini adalah gelanggang futsal, gelanggang badminton, dewan serbaguna dan kedai serbaneka.

“Kini penduduk boleh menggunakan kemudahan yang disediakan dengan kadar sewa yang berpatutan,” katanya ketika merasmikan pembukaan parkir bertingkat di PPR Taman Mulia dan PA Sri Kota hari ini.

Menurut Kamarudin, pembukaan parkir itu merupakan yang pertama seumpamanya di parlimen Bandar Tun Razak manakala lima lagi bakal dirasmikan sebelum tahun depan.

“Kemudahan yang disediakan ini adalah khas untuk kegunaan penduduk PPR Taman Mulia dan PA Sri Kota.

“Diharapkan pembinaan parkir bertingkat ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk dan mereka dapat menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN