Papa Gomo disiasat di bawah Akta Hasutan - Utusan Malaysia

Papa Gomo disiasat di bawah Akta Hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Penahanan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dibuat berkaitan penularan berita susulan daripada kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada awal pagi Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, penangkapan dilakukan pada pukul 1 petang tadi di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini.

“Setakat ini kita menerima empat laporan polis dan kesemua kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk kes penangkapan Papa Gomo,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, pihaknya ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat untuk memecahkan perpaduan rakyat dalam negara.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo selepas memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN