KUALA LUMPUR – Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (Panasonic Malaysia) yakin untuk mencatat prestasi yang baik pada tahun depan dengan mengunjurkan pertumbuhan syarikat meningkat antara empat hingga lima peratus. Timbalan Pengarah Urusannya, Hiroyuki Muto berkata, sasaran tersebut disokong berdasarkan jangkaan ekonomi negara yang lebih stabil sekali gus membantu dalam merancakkan lagi aktiviti sektor niaga ke niaga (B2B). “Ketika ini, kami turut terkesan dengan pelbagai faktor luar seperti isu perang dagangan antara…










