Panas baran antara punca pengasuh dera kanak-kanak - Utusan Malaysia

Panas baran antara punca pengasuh dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal antara punca kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasuh.

Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Superintendan, E. Saroja berkata, ia antara hasil siasatan pihaknya ke atas kebanyakan kes dera yang diterima hingga menyebabkan kanak-kanak maut selain disebabkan kecuaian pengasuh.

“Pada tahun ini sahaja, kami menerima sebanyak 86 laporan kes dera kanak-kanak melibatkan pengasuh sehingga Oktober lepas.

“Sebagai badan penguatkuasaan yang menjalankan siasatan, siasatan kes mendapati motif penderaan kadangkala disebabkan pengasuh yang hilang sabar dengan kenakalan kanak-kanak,” katanya.

“Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya menyemak latar belakang pengasuh dan persekitaran pusat asuhan sebelum menghantar anak bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN