KANGAR 2 Dis. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan Kerajaan Pakatan Harapan gagal membela kepentingan umat Islam dan Melayu di negara ini. Katanya, hal demikian dapat dilihat apabila kebanyakan pemimpin Melayu dalam gabungan itu langsung tidak berani bersuara atau menyatakan pendirian apabila terdapat usaha untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Malah katanya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri kadang-kala dilihat…










