Pakar bius HUSM terima penghargaan I'Authors Club - Utusan Malaysia

Pakar bius HUSM terima penghargaan I’Authors Club

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 16 Dis.- Seorang pakar bius di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim menerima penghargaan oleh I’Authors Club (Kelab Penulis Malaysia) dalam satu majlis sambutan ulang tahun kelab tersebut di Kuala Lumpur semalam.

Buku bertajuk `Stories Of Aspiring Entrepreneurs' berkisarkan tentang motivasi hidup dan perjalanan
Buku bertajuk `Stories Of Aspiring Entrepreneurs’ berkisarkan tentang motivasi hidup dan perjalanan kejayaan dalam perniagaan. 

Penghargaan itu diberikan selepas karya penulisan beliau diterbitkan di dalam buku bertajuk `Stories Of Aspiring Entrepreneurs’ berkisarkan tentang motivasi hidup dan perjalanan kejayaan dalam perniagaan.  

Beliau juga merupakan doktor pertama di negeri ini yang menerima penghargaan dari kelab tersebut. Majlis penyampaian penghargaan itu disempurnakan Presiden I’Authors Club, Dr. Peter Yee.
 
Dalam majlis yang dihadiri lebih 50 orang penulis bebas itu, seramai 26 tetamu lain turut menerima penghargaan sama di atas sumbangan mereka dalam 17 buku berkaitan usahawan sosial yang diterbitkan.

Mohamad Ibariyah ketika ditemui Utusan Online berkata, beliau terharu dengan penghargaan diberikan dan perkara itu dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk menulis lebih kerap lagi dalam berkongsi perjalanan hidupnya.

 “Saya berkecimpung dalam bidang penulisan m awal tahun ini selepas mendapat inspirasi daripada usahawan, Lim Ban Huat dan Habibullah Khong .

 “Saya bina impian sendiri untuk menulis. Akhirnya saya berjaya menyiapkan satu karya tentang diri saya dengan fokus tentang motivasi jati diri dan keinginan untuk mengubah nasib keluarga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×