Pakaian seragam pasukan bomba sukarela diwujudkan tahun depan - Utusan Malaysia

Pakaian seragam pasukan bomba sukarela diwujudkan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan mewujudkan pakaian seragam khas bagi 14,308 anggota yang menyertai 386 pasukan bomba sukarela di seluruh negara mulai tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPBM, Datuk Amer Yusof berkata, ia sebagai satu usaha JPBM memperkasakan fungsi pasukan bomba sukarela di samping melakukan beberapa penambahbaikan lain seperti penyelarasan waktu tindakan dan elaun turun ke lokasi.

“Ketika ini pasukan bomba sukarela hanya kongsi lambang yang sama tetapi tidak mempunyai pakaian seragam khas kerana jenis pakaian ditentukan mengikut keupayaan dan bajet pasukan masing-masing.

“Penambahbaikan ini sebab kita tak mahu asingkan fungsi kedua-dua pasukan Bomba dan Bomba Sukarela…biar sehati sejiwa dan supaya mereka juga lebih bersemangat untuk sama-sama turun padang ketika berlaku kecemasan terutama yang melibatkan kes kebakaran* pakaian seragam ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran bantuan kewangan kepada 307 pasukan Bomba sukarela berjumlah RM1.11 juta yang turut dihadiri Pengarah JPBM Terengganu, Azlimin Mat Noor di Ibu Pejabat JPBM Terengganu di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN