Origi mampu lonjak semula kariernya - Utusan Malaysia

Origi mampu lonjak semula kariernya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Dis. – Jurgen Klopp menyifatkan jaringan Divock Origi ketika membantu Liverpool menundukkan Everton akan membantu melonjakkan kembali kerjayanya terutama selepas kembali pulih daripada kecederaan.

Origi dimasukkan selaku pemain gantian dan berjaya meledak gol kemenangan pada minit ke-96 dalam aksi Merseyside Derby hasil kesilapan penjaga gawang, Jordan Pickford.

Pemain kebangsaan Belgium itu berdepan masalah kecergasan selepas mengalami kecederaan buku lali serius selepas terkena terjahan keras pertahanan Everton, Ramiro Funes Mori pada April 2016.

Selepas menjaringkan gol ketiganya dalam aksi itu, Klopp merasakan Origi kini adalah aset besar kepada The Reds.

“Saya pernah memberitahunya, apabila saya bertemu dengannya di padang, semuanya ada di dalam kepala saya. Saya tidak pernah lupakan perkara ini.

“Terjahan keras sentiasa berlaku. Tetapi kecederaan itu jelas membantutkan perkembangannya. Pada waktu itu, dia sangat cemerlang. Dia mengambil masa lama untuk bebas kecederaan.

“Semua mengenai Div ada dalam ingatan saya. Malam ini, dia menutup kekecewaan itu dengan baik dan bermula sekarang ini, semua akan kembali seperti biasa,” kata Klopp.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN