KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguatkuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan. “Sebab aduan itu spesifik sebab dia beritahu tempat…










