IPOH 23 Dis. – Orang ramai diminta untuk menjadi mata dan telinga kepada Kementerian Kesihatan dalam membantu menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula bulan depan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sebarang aduan berhubung ketidakpatuhan terhadap larangan tersebut boleh disalurkan terus kepada talian hotline Kementerian Kesihatan di nombor 03-88924530. “Apa yang paling penting semasa penguatkuasaan peraturan ini dijalankan, ia bukan sahaja melibatkan pihak kementerian…










