SHAH ALAM 8 Dis. – Orang Melayu dan bumiputera perlu ‘berlari’ lebih laju dengan memanfaatkan sepenuhnya bantuan serta sokongan yang diberikan kerajaan bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan di negara sendiri. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu perlu merasa malu dengan hakikat mereka sebenarnya miskin dan sepatutnya berusaha lebih 10 kali ganda bagi menyaingi kaum lain, bukannya memilih meninggalkan bandar. Tegasnya, kerajaan pada setiap masa akan berusaha…










