KUALA LUMPUR 23 Dis. – KELIBAT golongan cacat penglihatan boleh dilihat setiap hari di sekitar Brickfields. Mereka menggunakan laluan pejalan kaki bermula dari stesen Monorel Brickfields atau KL Sentral untuk berurusan di bangunan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Jalan Tun Sambanthan 4. Bagaimanapun sejak awal tahun lalu, orang buta di sekitar Brickfields terdedah risiko kemalangan apabila kerja-kerja naik taraf laluan pejalan kaki di kawasan itu didakwa sehingga ke hari…










