Orang Asli maut motosikal dinaiki bertembung lori bawa ikan - Utusan Malaysia

Orang Asli maut motosikal dinaiki bertembung lori bawa ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang lelaki Orang Asli maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ikan di Batu 1 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Bah Mazlan Junr, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands. 

“Tiba di tempat kejadian, mangsa bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan di laluan bertentangan.

“Akibatanya, mangsa yang berasal dari Sungai Bot, Batu 8, Jalan Pahang di sini maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat

“Pemandu lori berusia 23 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN