KUALA LUMPUR 5 Dis. – Ops Yemen 2 yang didakwa digerakkan tanpa kelulusan daripada Kabinet diklasifikasikan sebagai maklumat rahsia dan dilaksanakan demi kepentingan negara. Operasi berkenaan telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan berikutan itu Menteri Pertahanan baharu perlu memahami peranan dan fungsi agensi berkenaan. Sehubungan itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan siasatan berhubung isu berkenaan bagi memahaminya…










