Operasi kesan CVR ditangguh 2 hari - Utusan Malaysia

Operasi kesan CVR ditangguh 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Dis. – Operasi mengesan isyarat ping perakam suara kokpit (CVR) pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di kawasan perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lalu terpaksa ditangguh dua hari ekoran cuaca buruk.

Cuaca buruk ekoran hujan lebat di pelabuhan Johor Bahru, Malaysia menyebabkan kelewatan kapal MPV Everest, yang ‘diimport’ khas untuk membantu operasi pencarian itu tiba di perairan Tanjung Kerawang.

Syarikat penerbangan, Lion Air memberitahu, kapal tersebut sepatutnya tiba di kawasan pencarian pada hari ini, bagaimanapun kini dijadualkan tiba pada Rabu ini.

“Kos pengoperasian menggunakan kapal khas ini menelan perbelanjaan hampir IDR38 bilion (RM10.85 bilion),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pesawat Lion Air yang mem­­bawa 189 penum­pang dan kru terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, sejurus berlepas dari ibu negara ini menuju ke Sumatera. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN