IPOH 8 Dis. – Sebuah restoran makanan segera di Taman Ipoh di sini terpaksa dikosongkan setelah seorang pelanggan menemukan objek hitam yang disangka ‘bom’ di atas pam tandas berserta nota ugutan di dinding tandas premis itu, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, premis berkenaan terpaksa dikosongkan setelah pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam. Katanya, berdasarkan maklumat tersebut, Unit Pemusnah Bom dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dihantar ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut. “Pemeriksaan di tandas wanita restoran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya