Nurul Izzah puji Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Nurul Izzah puji Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Walaupun berbeza parti dan pendapat Nurul Izzah Anwar tetap memuji Ahmad Maslan yang dianggapnya sebagai pembangkang yang hebat.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Ahmad merangkap Ahli Parlimen Pontian sentiasa menonjol dan melibatkan diri dalam perdebatan di Dewan Rakyat.

“Saya tidak mahu pemimpin seperti ini melompat ke PKR mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Laksanakan lah tugas dengan sebaiknya. Mereka sudah menjadi kerajaan untuk tempoh masa yang lama dan saya yakin mereka akan jadi pembangkang yang hebat,” katanya dalam forum bertajuk Kebangkitan Malaysia Baharu: Cabaran memenuhi impian di Sunway Universiti dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Felo Institut Pulau Pinang, Dr. Wong Chin Huat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN