Nurini Kassim CEO Bernama baharu - Utusan Malaysia

Nurini Kassim CEO Bernama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Nurini Kassim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2019. 

Pelantikan itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Nurini yang dilantik bagi tempoh dua tahun menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 3 Oktober lepas. 

“Nurini mempunyai pengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang pengurusan dari pelbagai industri termasuk institusi-institusi kerajaan, pengawalseliaan kewangan, teknologi maklumat serta perhubungan awam dan hal-ehwal korporat.

“Saya percaya gabungan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Lembaga Pengelola, Majlis Penyeliaan dan pasukan editorial yang diketuai oleh Datuk Zakaria Abdul Wahab akan membawa Bernama ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN