PORT DICKSON 22 Dis. – Ratu Ethnik, Noraniza Idris hari ini menerima menantu apabila anak sulungnya, Mohd. Aliff Haiqal Mohd. Fauzi selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Ezza Nafiesha Zakaria. Majlis resepsi yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri, di sini, malam ini meriah dengan lebih 1,000 jemputan. Sejajar dengan gelaran Ratu Ethnik, sementara menunggu ketibaan kedua mempelai, tetamu jemputan disambut dengan alunan lagu-lagu tradisional gamelan. Pereka fesyen, Mior dari Mutiara…









