JOHOR BAHRU 5 Dis. – Nilai eksport negara bagi Oktober tahun ini mencatat pencapaian tertinggi pernah direkodkan iaitu berjumlah RM96.38 bilion. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 17.7 peratus berbanding Oktober 2017. “Eksport utama negara yang menyumbang kepada pertumbuhan ini adalah dalam sektor elektrik dan elektronik, petroleum, kimia, besi dan kelapa sawit. “Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian ini adalah keyakinan pasaran…










