Nenek 18 cucu genggam ijazah jadi inspirasi - Utusan Malaysia

Nenek 18 cucu genggam ijazah jadi inspirasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA Siti Hendon Abdullah baru-baru ini menjadi sebutan selepas gambarnya menerima segulung ijazah sarjana daripada sebuah universiti swasta menjadi tular di media sosial.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan semangat wanita berusia 82 tahun itu yang masih lagi berminat untuk menuntut ilmu walaupun mempunyai 18 cucu dan dua cicit.

Apa yang membuatkan netizen lebih kagum adalah, ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana, Siti Hendon turut menguruskan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika).

Menerusi satu akaun Twitter, salah seorang cucunya bernama Adam Zainal berkongsikan perihal neneknya yang disifatkan sebagai luar biasa.

Dalam status tersebut, Adam memuat naik sekeping gambar memaparkan Siti Hendon sedang membuat kerja bersama komputer riba dan kertas dengan status ‘nenek saya sedang menyiapkan thesis (tesis) masters (sarjana).’

Selepas dua tahun menuntut ilmu, Siti Hendon akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu majlis konvokesyen yang berlangsung pada 30 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN