Nelayan tuntut jaminan kerajaan PH - Utusan Malaysia

Nelayan tuntut jaminan kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 Dis. – Komuniti nelayan berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat me­rung­kai segera keresahan mereka terutama berhubung kelangsu­ngan Bantuan Elaun Sara Hidup (BESH) yang dinikmati ketika ini.

Ini kerana, menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Mahadi Md. Rodzi, golongan nelayan kini bimbang bantuan sebanyak RM300 itu tidak lagi akan dinikmati selepas akhir bulan ini.

Tambahnya, kebimbangan golongan itu berasas meman­dang­­kan bantuan berkenaan lang­­­­­­sung tidak disebut dalam Belanjawan 2019 sekali gus menyebabkan mereka beranggapan seolah-olah dipinggirkan oleh kerajaan.

‘‘Sebab itu kita berharap kerajaan dapat memberi jaminan bantuan ini bukan sahaja diteruskan, malah dapat ditingkatkan sesuai dengan keadaan persekitaran ekonomi dan kos sara hidup semasa golongan nelayan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mahadi yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan Seberang Perai, selain elaun bulanan itu, golongan nelayan juga berharap kerajaan memberi perhatian kepada bantuan bermusim khususnya ketika mereka tidak dapat turun ke laut berikutan beberapa faktor terutama perubahan musim yang menyebabkan laut bergelora.

Jelasnya, kerajaan boleh memberi bantuan berbentuk ‘one-off’ kepada golongan nelayan seperti sumbangan barang ke­perluan dapur bagi me­ringankan beban mereka.

‘‘Bantuan-bantuan sebegini serta bantuan lain yang difikirkan wajar serta sesuai perlu diberikan bagi membuktikan kerajaan juga prihatin dengan nasib golongan itu dan mereka tidak terkeluar daripada perhatian kerajaan,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN