Nelayan perlu lapor aktiviti mencurigakan kepada ESSCOM - Utusan Malaysia

Nelayan perlu lapor aktiviti mencurigakan kepada ESSCOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK 9 Dis. – Komuniti nelayan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diminta terus menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa keselamatan serta melaporkan segera aktiviti yang mencurigakan di laut.

Mengulangi peringatan itu, Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Brig Jen Datuk Md Rahim Mohamad, berkata, peranan dan kerjasama komuniti nelayan adalah penting dalam membantu menangani elemen jenayah termasuk jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata komuniti nelayan boleh menghubungi pusat operasi 24 jam Esscom di talian 089-863181 dengan segera bagi membolehkan atur gerak pasukan keselamatan dapat dilakukan dengan pantas bagi membanteras elemen jenayah di perairan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertemuan dan dialog Esscom bersama komuniti nelayan Kunak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Md Rahim memuji sikap pengusaha bot nelayan di sini apabila 85 peratus datripada mereka patuh pada arahan memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan radio VH 16 untuk keselamatan golongan itu.

Beliau berharap persatuan nelayan di daerah lain akan mengambil langkah sama bagi memudahkan usaha pemantauan oleh pasukan keselamatan terhadap bot nelayan serta memudahkan nelayan berhubung sekiranya berlaku kecemasan ketika berada di laut.

Sementara itu, katanya, pendapatan komuniti nelayan pesisir pantai dan tradisi di Esszone tidak akan terjejas ekoran perintah berkurung yang dilaksanakan.

Menurutnya, terdapat sebahagian nelayan iti masih kurang faham mengenai mekanisme pelaksanaan perintah berkurung di Esszone kerana ia hanya melibatkan nelayan laut dalam yang menangkap ikan di kawasan tiga batu nautika dan ke atas..

Justeru, katanya, nelayan dalam kawasan tanah besar hingga ke tiga batu nautika tidak terlibat dalam kawasan perintah berkurung tersebut.

Perintah berkurung dari jam 6 pertang hingga 6 pagi di Esszone memasuki fasa ke-102 dengan melibatkan kawasan perairan di daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN