Nasib Liverpool di tangan Salah - Utusan Malaysia

Nasib Liverpool di tangan Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 10 Dis. – Nasib Liverpool bergantung sepenuhnya kepada keputusan menentang Napoli di Anfield esok dalam usaha layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Anak-anak buah Jurgen Klopp ini perlu mengelak kekalahan jika tidak mahu kecewa tersingkir terlalu awal di peringkat kumpulan hanya selepas enam bulan tampil selaku naib juara Eropah itu.

Lebih penting ­Liverpool kena menang dengan dua gol bagi mengatasi ke­lebihan dimiliki Napoli, yang menang 1-0 di Itali pada Se­ptember yang lalu.

Namun situasi se­perti ini ternyata bukan asing buat kelab gergasi England itu kerana pernah melakukannya beberapa kali.

Mengambil inspirasi daripada Steven Gerrard, pemain yang mampu diletakkan harapan untuk mengikut jejak itu sudah pasti Mohamed Salah, penyerang yang baru melakukan hatrik ketika Liverpool menewaskan Bournemouth 4-0, Sabtu lalu.

“Dia telah kembali di tahap terbaiknya dan semakin baik musim ini.

“Dia mungkin agak kecewa dan tidak pernah berpuas hati dengan dirinya tetapi itu menunjukkan betapa tinggi tahap yang mahu dicapainya,” kata bek kiri, Andy Robertson.

Klopp pula berkata: “ Dalam bola sepak, kita memerlukan seseorang untuk memusnahkan lawan. Apa yang Moha­med lakukan sekarang amat luar biasa.”

Hakikatnya menentang Napoli, Liverpool bagaimanapun memerlukan lebih daripada seorang Salah.

Ini bagi mengelak aksi penting tidak berakhir de­ngan kekecewaan atau kekalahan yang memeritkan di laman sendiri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN