Napoli yakin dapat singkirkan Liverpool - Utusan Malaysia

Napoli yakin dapat singkirkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 11 Dis. – Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti akui Liverpool berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini namun beliau tetap yakin skuad bimbingannya masih mampu menyingkirkan pesaing mereka itu daripada saingan Liga Juara Juara Eropah.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada awal pagi Khamis di Anfield untuk aksi penentuan pasukan mana yang akan mara ke pusingan kedua kalah mati yang turut disaingi kelab Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Persaingan tiga penjuru itu menyaksikan ketiga-tiga pasukan perlu menang untuk merebut dua tempat dari Kumpulan C ini untuk ke pusingan kedua. Bagaimanapun pertemuan Liverpool-Napoli lebih mencuri tumpuan berbanding PSG yang hanya menentang Red Star Belgrade.

“Kami tahu apa yang akan kami hadapi. Jadi kami perlu berjuang habis-habisan untuk melepasi peringkat kumpulan ini. Tiada jalan mudah untuk kami menghadapi perlawanan ini dengan sambil lewa sahaja.

“Memang pasti sengit perlawanan ini. Tetapi pemain saya kekal positif kerana mereka semua mahu bermain di tahap terbaik seperti ini. Jika kami bijak bertahan dan menyerang, kami akan mara.

Atas kertas, Napoli hanya perlu seri sahaja manakala Liverpool perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk meneruskan kemaraan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN