‘WESH hal? Labas? Sinwa? Indunisi?’ (Apa khabar? Sihat? China? Indonesia?). ‘Alhamdulillah, bikhair (baik). La’, ana Malizi (tidak, saya dari Malaysia).’ ‘Marhaban bikum ilal Jazair (Selamat datang ke Algeria).’ Genap sebulan berada di bumi barakah, El-Oued, Algeria, banyak perkara saya pelajari. Perjalanan untuk sampai ke sini bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Penantian hampir empat tahun akhirnya menjadi kenyataan. Seramai 15 pelajar wanita Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kini berada di El-Oued bagi…










