‘Nak RM10 pun susah’ - Utusan Malaysia

‘Nak RM10 pun susah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 10 Dis. – Keluar subuh dan pulang selepas maghrib belum menjanjikan pendapatan untuk menyara kehidupan. Be­gitulah nasib pemandu teksi yang terus dihimpit kesukaran mendapatkan penumpang pada masa ini.

Seorang pemandu teksi, Syed Mahadzir Syed Mustafa, 60, berkata, kerja sebagai pemandu teksi pada masa ini sememangnya tidak menjanjikan pendapatan harian, malah ada kalanya terpaksa pulang dengan tangan kosong.

YAACOB UDA
YAACOB UDA 

“Pendapatan kami pada masa ini amat teruk yang mana sampai ke malam menunggu pun hanya dapat RM10 hingga RM20 tetapi kami yang telah berusia dan hanya mempunyai teksi tiada pilihan lain.

“Dengan keadaan anak yang masih belajar dan memerlukan duit sememangnya bebanan itu terasa dan saya bersabar menunggu penumpang dan terpaksa melakukan kerja-kerja lain yang termampu termasuklah mengambil upah menoreh getah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Syed Mahadzir, kenaikan kos sara hidup dan juga harga petrol yang masih tinggi memberikan bebanan kepada mereka untuk me­nyara kehidupan pada masa ini.

Tambahnya, lagi kos penye­lenggaraan teksi seperti menukar tayar dan juga pemeriksaan ke Puspakom Sdn. Bhd. yang perlu dilakukan secara berkala membebankan lagi mereka.

“Adakalanya kami terpaksa me­minjam duit untuk membaiki teksi dan membuat pemeriksa­an di Puspakom ke­rana kami tidak mempunyai pendapatan cu­kup,” katanya.

Sementara itu, Pe­ngerusi Persatuan Tek­­si Temerloh, Yaa­kob Uda berkata, ke­­su­karan dihadapi pemandu teksi pada masa ini yang berada dalam garis kemiskinan perlu diharap mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Justeru beliau berharap, bantuan dapat diberikan seperti subsidi bahan api dan bantuan lain seperti untuk menukar tayar.

“Kami juga berharap diberikan bantuan sara hidup kepada pemandu teksi yang berhadapan pelbagai cabaran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN