Najib tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

Najib tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah di sini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Beliau yang diiringi pihak polis tiba pada pukul 8.35 pagi dengan memakai baju kemeja berwarna biru.

Kosmo! hari ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan menegaskan telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah.

Bacaan pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 secara berasingan di Mahkamah Sesyen di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN