Najib tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

Najib tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Beliau yang diiringi pihak polis tiba pada pukul 8.35 pagi dengan memakai baju kod berwarna biru.

Semalam akhbar melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan menegaskan telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN