Najib terkilan, jangka 2019 lebih mencabar - Utusan Malaysia

Najib terkilan, jangka 2019 lebih mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dapat meneruskan Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2017.

Jelasnya, ini memandangkan dasar tersebut yang dirangka untuk tempoh sehingga tahun 2050 itu telah mula membuktikan keberhasilannya.

“Saya terkilan kerana Dasar Transformasi Nasional kita tidak dapat diteruskan.

“Dengan ketiadaan kemampuan ataupun kebolehan kita untuk meneruskan dasar tersebut, kita akan menghadapi tahun 2019 ini dengan perasaan kebimbangan dengan apa yang sedang kita alami,” katanya menerusi klip video ucapan tahun baharunya yang disiarkan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Dalam ucapan itu juga, Najib menjangka negara bakal berdepan cabaran besar bagi tahun 2019 terutamanya dari segi ekonomi apabila rakyat mengalami tekanan hidup akibat kenaikan harga barangan serta kehilangan pekerjaan.

Katanya, ini ditambah lagi dengan janji-janji Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kononnya didakwa mampu mengurangkan beban rakyat serta janji menurunkan harga petrol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN