Najib ditahan SPRM kali kedua - Utusan Malaysia

Najib ditahan SPRM kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 10.51 pagi tadi.

Terdahulu, Najib hadir ke SPRM pada pukul 10.42 pagi untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Ahli Parlimen Pekan itu tiba dengan menaiki kereta jenis Kia Sorento berwarna perak.

Kali terakhir Najib dipanggil SPRM adalah pada 19 September lalu di mana beliau ditahan di lokap SPRM untuk diambil keterangan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut dirakam keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN