KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pada pukul 12.12 tengah hari ini selepas menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau yang berpakaian sut biru gelap kelihatan tenang sambil memberikan senyuman sebelum beredar menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam. Turut meninggalkan kompleks berkenaan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kira-kira…