Najib, Arul Kanda didakwa esok - Utusan Malaysia

Najib, Arul Kanda didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah esok.

“Bacaan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018, pukul 8.00 pagi,” kata SPRM.

SPRM menahan Najib kira-kira dua jam setengah semalam bagi melengkapkan proses akhir siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

SPRM berkata, Arul Kanda pula ditahan pada pukul 10.32 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM bagi tujuan sama.

Arul Kanda tiba di SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN