Najib, Arul didakwa esok atas tuduhan pinda laporan audit 1MDB - Utusan Malaysia

Najib, Arul didakwa esok atas tuduhan pinda laporan audit 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 11 Dis.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh kedua-dua individu terbabit.

Jelas kenyataan itu lagi, kedua-dua mereka bakal menghadapi pertuduhan bersama berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

“Namun begitu, bacaan pertuduhan tersebut akan dilakukan di Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pada pukul 8.00 pagi.

“SPRM telah menahan Najib semalam bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. Manakala Arul Kanda pula ditahan pada jam 10.32 pagi hari ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN