GURUN – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang sudah 46 tahun bertapak di negara ini, kini menjadi sebahagian daripada entiti perniagaan yang menyumbang kepada pemangkin industri baja negara selepas pembukaan kilang bajanya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB), di sini pada 2004. Timbalan Pengurus Besar (Pemantauan Subsidiari) Nafas, Mohamad Yazif Fadil berkata, idea membina kilang memproses pelbagai jenis baja itu diilhamkan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1994 yang ketika itu menjadi Perdana Menteri…










