Mustafar puji Jabatan Imigresen lapor rasuah - Utusan Malaysia

Mustafar puji Jabatan Imigresen lapor rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memuji tindakan pegawai di Jabatan Imigresen kerana melaporkan perbuatan melibatkan gelaja rasuah yang berlaku ketika bertugas.

Beliau berkata, mana-mana individu yang terlibat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang akan terdedah dengan pelbagai usaha untuk merasuah.

“Perkara yang perlu diteladani adalah mereka yang disogok wang rasuah berani melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri satu temu ramah di sebuah stesen radio tempatan sempena Hari Imigresen, di sini hari ini.

Menurutnya, masalah rasuah dalam agensi penguatkuasaan akan memusnahkan sistem dan kepercayaan orang ramai kerana mereka adalah tulang belakang kepada negara.

“Gelaja rasuah ini walau sekecil manapun jumlah yang diambil, perkara itu tetap serius dan perlu ditangani secepat mungkin terutama melibatkan agensi penguatkuasaan.

“Saya cuba mewujudkan satu budaya yang kondusif jadi apabila terdapat orang luar cuba untuk merasuah pegawai imigresen, mereka perlu berfikir semula.

“Kalau budaya ini dapat diwujudkan bukan shaja imigresen tapi di perkhidmatan awam, orang luar mahupun masyarakat kita takut untuk mengamalkan gelaja rasuah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN