Musa Aman ada dua bulan pindah kes rasuah konsesi balak - Utusan Malaysia

Musa Aman ada dua bulan pindah kes rasuah konsesi balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Pasukan pembelaan yang mewakili bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diberi tempoh dua bulan untuk memutuskan sama ada ingin memindahkan kes rasuah berhubung konsesi balak itu ke Mahkamah Tinggi atau kekal di Mahkamah Sesyen.

Hakim Rozina Ayob memberikan tempoh tersebut selepas peguam Francis Ng Aik Guan memaklumkan pihaknya masih mempertimbangkan isu berkenaan.

“Kami masih belum menerima kesemua dokumen berkaitan kes ini. Selepas menerima dan meneliti semua dokumen, baru kami akan putuskan sama ada untuk memindahkan kes ini atau tidak,”katanya.

Pada 5 November lalu, Musa didakwa atas 35 pertuduhan menerima rasuah daripada lapan pemilik konsesi balak  berjumlah AS$63.3 juta (RM263,460,962.313).
    
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu lapan bank dan institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura di antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×