Muhyiddin mahu Himpunan Jihad Perkasa patuh undang-undang - Utusan Malaysia

Muhyiddin mahu Himpunan Jihad Perkasa patuh undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengingatkan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) agar Himpunan Jihad Perkasa yang akan dianjurkan esok dilakukan secara aman dan tidak melanggar undang-undang.

Muhyiddin berkata, pihak penganjur dan peserta perhimpunan tersebut dinasihatkan agar tidak mengganggu ketenteraman awam atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

“Pihak polis akan memantau perhimpunan ini supaya berlangsung secara aman dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

“Insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya telah menyebabkan keresahan dalam masyarakat berbilang kaum dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau percaya Perkasa sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di bawah kepemimpinan bertanggungjawab memahami dan sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang, keharmonian rakyat dan keamanan negara.

Himpunan Jihad Perkasa akan diadakan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur sempena Persidangan Agung Tahunan Perkasa Kesembilan.

/habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN